Beberapa hari lepas, saya ada mimpi bodoh, ya sangat bodoh. Rasa segan nak cakap tapi.. haha. Okaylah, saya mimpi berkahwin dengan si Indonesia yang dewasa berusia dalam lingkungan 23-26 tahun. Tak dapat nak tangkap berapa, sedangkan umur saya ketika itu baru mencecah 18 atau 19 tahun. Ngeri tak? aww, bagi saya sangatlah mengerikan. Nasib baik si indonesian itu kacak bergaya. haha. Mukanya, tak dapat nak ingat macam siapa. Hehehe... Ya, kami berpakaian pengantin, Indonesian's culture, tapi saya masih berhijab. :D
Saya dan si Indonesian tu, duduk dalam satu bilik yang kecil, sangat kecil boleh bersila saja. Tapi kalau nak masukkan satu orang lagi bolehlah, rasanya. Saya tak cakap apa apa dengan 'suami' saya itu, membisu seribu bahasa. Tetiba, ada pula yang menyibuk, ceh ceh, potong stim tau, lelaki berusia 40-45 tahun, lebih kuranglah, datang masuk bawak alat musik, Harp dalam english, bahasa melayu apa ya?
Beliau main benda ni lama, lama sampai tali-tali harp ni putus, haha. Saya tergelak-gelak bila tengok orang itu main, 'orang' tu pula pelakon Indonesia yang boleh kata terkenal jugalah, berlakon banyak drama kalau tak kenal, namanya Umar Lubis. Sah, pengaruh Intan sangat kuat! Hee :D kalau nak tahu itulah satu-satu drama Indonesia/Malay yang saya tengok. Haha, kenapa ya? Saya suka benar tengok cerita-cerita orang putih, westernize kah saya ni? Hmm,
Tengok video di atas sampai habis kalau nak tahu siapa Umar Lubis, sebab bila saya search tak jumpa. Adeh, tengok saja lah ;) Lepas tu dah sampai putus Harp dibuatnya, beliau bagi saya dan 'suami' saya rantai emas rantai kunci emas(keychain). Beliau bagi ceramah agama pula lepas tu, panjang juga. Cakap pasal perkahwinanlah, macam-macam lagilah, ceramah agama. Lama sampai letih kami dengar. Haha, layan saja. Dah habis berceramah tu, dia blahlah sambil bercakap, "Pulangin apa yang aku kasiin ke kamu selepas ini, aku akan kembali lagi 10 menet." Saya dan 'suami' pun angguk saja. Masih membisu seribu bahasa, sampai si 'suami' memagang tangan. Hahahahahaha menggelikan tahu? :D (gatal nak kahwin ke ni? takkkkkk lah! hahaha)
Amat biasa bagi pasangan bercouple yang tidak mementing syarak dan agama kita, sebagai si Muslim. Halal bagi yang dah berkahwin okay?
Lepas itu, datanglah si Umar Lubis ini, dan meminta kembali barangannya, "Jika kamu ingin pulangin barang itu kemudian, silaiin, tetapi kalau anda menghilangkannya, maka..." (tak ingat ayatnya. haha) "Ya kami pulangin pada kamu, enggak bisa pegangnya lamalama, gawat nanti" saya balas. Dan saya dan 'suami' pun keluar. Mimpi pun tamat.
Ya, sangat menjengkelkan bukan? Sudah saya bilang memang menggelikan. Maggotsss! Bukanlah masalah lelaki Indonesia, bagi saya tidak mengapa bersuamikan orang Indonesia, tetapi biarlah yang baik dan bukan miskin ;) Masalahnya umur masih remaja dah gatal nak kahwin, takpalah asal tak bercouple. :D Kan Sabri kan? hehehe..
Hajat nak pergi Bali atau Bandung. Mana-mana pun okay, ingat kalau nak pergi nanti nak upah Kakkoi sebagai pemandu pelancong sebab dia dah pro. Maklumlah.. bapanya bekerja disitu .. hehe kan kan? :D Belum pergi Indonesia lagi tapi dah nak pergi Europe, entah apa apa betulkan? hekhek. :D Konklusinya, Indonesia memang hebat sekali! 5 stars untuk Indonesia.
p/s : Indonesia and Malaysia are secular countries. Hmm.
Video of the day!
15 comments:
haha, bangganya aku name aku masuk..
pape pun, kau memang menghayati mimpi kan, haha.. :P
semoga nama aku banyak kali keluar dlm post kau.. hehe :D
memang menghayati lahhh :D nak masukkan nama kau banyak banyak buat apa. menyemak ja! haha gurau gurau. haha
Something 2 share..
Alpha Lipid adalah kolustrum terbaik didunia yang kaya dengan antibodi semulajadi yang dapat meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit.
miss ya..
bandung bes!
bali boring
bole2
gaji p0n kne byk
aku nk dolar
tanak rupiah ye :D
Is this Insonesian? Is this Spanglish? I don't know why I think this! =P
Sorry... Indonesians are very interesting!
Bjssssss
kakkoi : hehehehe apa pulak nak dolar, pound la hebat, tapi aku bayar kau guna rupiah ja. taknak sudah kan.. hahaha
sofih : noooo, this is malay language, almost like indonesia's language, haha it's okay.
yesss, I love indonesian's culture ;)
i find the way they talk is an ultra turn on. hehe sexaaaaay
i pun teringin pi bandung or bali ke. jum order ticket! heehe
u have been tag! see tag no 2:)
dasyatnye mimpi ehh. :DD
shank : haha, ;)
shabella : jom jom but u kene belanja la naik air asia sekarang ada offer, no fuel charge lagi! ;D
asybedazzle : tahu takpa. hehehee
heheheheheheeeeeeeeee :D
kau tanak blanje aku ke gi europe?? haha..
mmg x biase berbhs melayu ke?
sabri : malas la nak belanja kau. hehe
faqiha : oh tidak, saya biasa. tetapi bila menulis itu agak kelakar sedikit ;D
Post a Comment